seringkali aku mengeletar akan kerna dinginya
segar aku disebabkn mentari paginya
bayu agin kekadang membuat aku terbang,tinggi
sehingga aku sendiri tidak sedar aku telah jauh di atas
ini bukan keinginan ku,bukan mahu dan rela diriku...
semuanya telah ditulis kera kita ada nasib yg berlainan...
hala tuju kita semua berbeza arah tujunya...
kemana aku akan menjejakan langkah ini untuk seterusnya
aku sendiri tidak tahu
adakah aku akan terus berdiri walau aku tidak lagi disini
meneruskan perjuangan yg selama ini aku pertahankan
dengan sedikit kekuatan dan semangat yg tersemadi di tubuh ini
sayu suram aku terkenang mereka yg di belakangku
menyokong tunggak hidupku ini
aku akan pergi
namun aku akan kembali
untuk mereka yg setia menunggu aku

No comments:
Post a Comment