aku akan lukiskan dengan keindahan
lindungi dengan daya aku dari basah segala air
litupi dengan apa yg aku ada agar tidak terbakar oleh segala api
menjaga sebaik mungkin agar tidak kelihatan buruk
namun cinta x seperti yg kita mahu
akan ada limpahan air mata dari alisnya
akan terbakar dek sifat cemburunya
akan usang di sebalik jemu sikapnya
aku tiada sebarang kuasa untuk melayangnya sesuka hatiku
datang cinta melalui dua hati yg masing2 punyai cerita
kau kecewa,aku terluka
kau pasrah,aku berserah
namun cinta adalah pilihan kita
corak dan warnanya adalah pilihan kita
bagaimana kau mahu cinta ini dilalui ?
semua ada di tanganmu
mungkin aku impikan sesuatu
namun kau pula tidak begitu.............

No comments:
Post a Comment